Ancelotti kekal dua tahun lagi di Napoli - Utusan Malaysia

Ancelotti kekal dua tahun lagi di Napoli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN 21 Mei – Selepas dikaitkan bakal menyertai Juventus musim depan, Carlo Ancelotti akhirnya membuka mulut dengan menyatakan akan kekal di Napoli untuk tempoh dua tahun lagi.

Penjelasan itu, sekali gus menamatkan spekulasi pengendali dari Itali tersebut bakal menggantikan Massimiliano Allegri di Juve.

Ancelotti yang juga bekas pengurus AC Milan dan Real Madrid itu pernah mengendali Juve pada 1999 hingga 2001 tetapi berdepan kegagalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengendali berusia 60 tahun itu menandatangani kontrak bersama Napoli selama tiga tahun pada Mei tahun lalu dan musim pertamanya menyaksikan kelab tersebut bakal menamatkan saingan Serie A di kedudukan kedua.

“Saya mempunyai klausa pada 30 Mei dan diharapkan Napoli menggunakannya. Saya terikat bersama kelab dan mahu kekal untuk dua tahun lagi dan gembira di sini.

“Jurulatih sentiasa menjadi individu terakhir untuk mengetahui semua perkara. Mereka sentiasa hidup dalam keraguan. Saya tahu pemecatan adalah sebahagian daripada tugas.

“Pengalaman membuktikannya bahawa hanya keputusan diambil kira, jadi perancangan menjadi sukar. Saya bergelut lebih teruk sewaktu dipecat Juve tetapi kemudian dapat membiasakan diri,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini