NEW DELHI 2 Mei – Ribuan penduduk dipindahkan dari kampung-kampung di sekitar kawasan pantai timur laut susulan kehadiran siklon yang dahsyat. Lapor BBC, Siklon Fani sedang menuju ke arah negeri Orissa dengan merekodkan kekuatan angin sehingga 190 kilometer sejam dan dijangka melanda negeri itu esok. Pihak berkuasa telah menutup operasi di dua pelabuhan utama di pantai timur. Negeri Andhra Pradesh serta Tamil Nadu turut diletakkan dalam amaran yang tinggi. –…










