RIO DE JANEIRO 28 Mei – Ketiadaan Neymar akibat penggantungan tiga perlawanan memaksa skuad kebangsaan Brazil memilih Dani Alves menggantikan penyerang termahal dunia itu sebagai ketua pasukan. Ini bermakna Alves akan mengetuai cabaran Brazil pada saingan Piala Copa Amerika edisi ke-46 yang akan berlangsung di negara itu dari 14 Jun hingga 7 Julai ini. “Keputusan ini dibuat selepas jurulatih, Tite berbincang dengan Neymar,” kata Persekutan Bolasepak Brazil (CBF) menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan. Neymar, 27, digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas terlibat menyerang penonton susulan daripada kekalahan mengejut Paris Saint…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya