KUALA LUMPUR 11 Mei – Seramai 1,700 asnaf dari sekitar Lembah Klang memenuhi pekarangan Sekolah Kebangsaan Taman Sri Rampai, di sini baru-baru ini untuk mengisi borang permohonan bantuan Hari Raya Aidilfitri daripada Kumpulan Restoran Ali Maju dan Tahfiz Al Madrasatul Faradiyah.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Restoran Ali Maju Sdn. Bhd., Datuk Jawahar Ali berkata, program tahunan sejak 22 tahun lalu itu bertujuan membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan.
“Sumbangan akan diberikan dalam majlis berbuka puasa di Tahfiz Al Madrasatul Faradiyah pada 19 Mei ini,” katanya kepada Utusan Malaysia. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











