Aksi ‘terlalu berlembut’ hukum Terengganu - Utusan Malaysia

Aksi ‘terlalu berlembut’ hukum Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mei – Aksi ‘terlalu lembut’ buat Terengganu FC (TFC) di belasah 0-4 oleh Pahang dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Meskipun turun dengan bekalan satu gol selepas melakar kemenangan 2-1 dalam aksi pertama namun skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim nyata gagal meneruskan momentum itu.

Irfan turut menyifatkan anak buahnya memperagakan aksi kurang bermaya sekali gus mudah dihukum skuad Tok Gajah yang begitu ghairah memburu gol.


Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemain saya begitu lembut sehinggakan memberi ruang secukupnya kepada Pahang dan buktinya boleh dilihat apabila tiada sebarang kad kuning dilayangkan kepada kami.


“Bermain secara bersih itu bagus tetapi beraksi secara tidak agresif itu kurang bijak selain lambat menyerang dan tidak berani mengawal bola terlalu lama,” katanya dalam sidang media.

Pasukan bimbingan Dollah Salleh berjaya memperoleh gol pertama seawal minit ketujuh hasil jaringan Faisal Abdul Halim.

Gol itu menyuntik semangat pemain Pahang untuk terus mengempur kubu pasukan pelawat dan hasilnya Dickson Nwakaeme meledakkan gol kedua dan gol ketiga pada minit ke-47 dan minit ke-63 sebelum Mohamadou Sumareh menambah derita skuad Terengganu dengan gol keempat pada minit ke-74. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini