Akaun Yapeim diaudit PwC - Fuziah - Utusan Malaysia

Akaun Yapeim diaudit PwC – Fuziah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 11 Mei – Jabatan Perdana Menteri melantik audit firma bebas, PriceWaterhouseCoopers (PwC) untuk mengaudit akaun Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, sehubungan itu, beliau tidak mahu mengulas lanjut berhubung laporan dana yayasan itu berjumlah RM1 juta yang sepatutnya disalurkan kepada anak yatim didapati disalah guna untuk membiaya kos guaman seorang penasihat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Tun Razak.

“Itu pentadbiran terdahulu di bawah kerajaan terdahulu. Saya tidak perlu komen, kita sudah melantik PwC untuk mengaudit akaun Yapeim.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) akan memastikan bantuan Yapiem disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan sempena Kembara Rahmah Nur Ramadan 2019 di pekarangan Surau Flat Perumahan Rakyat Pak Mahat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita bahawa dana Yapeim berjumlah RM1 juta yang sepatutnya disalurkan kepada anak yatim didapati disalah guna untuk membiaya kos guaman seorang penasihat Najib.

Fuziah berkata, jika ada penyelewengan menerusi audit yang dilakukan itu, perkara tersebut akan diserahkan kepada pihak mahkamah untuk tindakan sewajarnya.

“Sama ada laporan audit itu akan didedahkan kelak atau tidak terserah kepada lembaga pengarah Yapeim untuk menentukannya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini