Ajax semakin bernafsu - Utusan Malaysia

Ajax semakin bernafsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROTTERDAM 6 Mei – Ajax menerima suntikan motivasi untuk menghadapi aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Tottenham apabila berjaya menjulang Piala Belanda dengan menewaskan Willem II 4-0 dalam aksi final, semalam.

Skuad kendalian Erik ten Hag mempunyai bekalan satu gol selepas mencatat kemenangan 1-0 dalam aksi pertama dan itu merupakan kali pertama Ajax menempatkan diri dalam empat pasukan terakhir pada kejohanan berprestij di Eropah itu buat kali pertama sejak 1997 selain berada di kedudukan teratas liga domestik.

Ten Hag melakukan tiga pertukaran ketika menewaskan Spurs minggu lalu apabila tidak meletakkan David Neres, Lasse Schoene dan Joel Veltman dalam kesebelasan utama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, Schoene dimasukkan pada 10 minit terakhir menggantikan Frenkie De Jong yang bakal menyertai Barcelona musim depan.

Pertahanan tengah Ajax, Daley Blind membuka tirai jaringan pada minit ke-38 sebelum Klaas Jan Huntelaar menambah dua gol pada setiap babak dan Rasmus Krestensen menambah derita lawan apabila menjaringkan gol keempat pada minit ke-76.

Kemenangan itu meletakkan Ajax berada di kedudukan terbaik untuk menempah tiket final Liga Juara-Juara selepas kali terakhir melakukannya pada 1996 namun tumpas kepada Juventus. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini