CAPE BONAVISTA, Kanada – Seorang jurugambar amatur merakam gambar sebuah bongkah aisberg setinggi 45 meter terapung di kawasan perairan dikenali ‘lorong aisberg’ di pesisir wilayah Newfoundland dekat sini baru-baru ini. Mark Gray sempat merakam beberapa keping gambar pemandangan menakjubkan ketika bongkah ais gergasi itu terapung melintasi pesisir Lautan Labrador dari rumahnya. Dia berkongsi gambar itu di Twitter. Salah satu gambar itu menunjukkan betapa kerdilnya rumah api terkenal di pekan kecil…