AirAsia dinobatkan Pasukan Perbendaharaan Syarikat Penerbangan tahunan - Utusan Malaysia

AirAsia dinobatkan Pasukan Perbendaharaan Syarikat Penerbangan tahunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mei – AirAsia Bhd. dinobatkan sebagai Pasukan Perbendaharaan Syarikat Penerbangan Tahunan di Anugerah Global Jurnal Airfinance (AFJ) 2018.

Anugerah berprestij itu mengiktiraf pasukan perbendaharaan syarikat penerbangan yang telah mencatatkan prestasi cemerlang dalam strategi pembiayaan pesawat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, ia telah dianugerahkan kepada pasukan kewangan pesawat AirAsia yang berjaya menyelesaikan dua projek portfolio pesawat utama tahun lalu kepada FLY Leasing Limited dan Castlelake LP melalui kaedah struktur pembiayaan cekap yang dapat menyelesaikan beberapa cabaran dalam urus niaga pembiayaan pesawat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, penjualan operasi pajakan pesawat kami adalah strategi jangka panjang untuk melupuskan aset fizikal bukan teras kami untuk pulangan tunai.

“Strategi ini membolehkan kami meletakkan nilai yang lebih tinggi pada pesawat kami dan mengelakkan sebarang risiko berbaki dan seterusnya membolehkan kami memberi pulangan tunai kepada pemegang saham kami dan melabur dalam usaha digital yang akan meningkatkan pertumbuhan AirAsia di masa hadapan.

“Semua ini tidak mungkin boleh dilakukan tanpa pasukan kewangan pesawat kami yang sangat komited dan tiada siapa yang lebih layak untuk memenangi gelaran Pasukan Perbendaharaan Syarikat Penerbangan Tahunan selain mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

AirAsia juga membawa pulang Anugerah ‘Editor’s Deal’ Tahunan, yang dipilih oleh Pengarang AFJ Jack Dutton untuk penjualan operasi pajakan melibatkan 84 buah pesawat bernilai AS$1.18 bilion (RM4.9 bilion) kepada entiti pelaburan pesawat komersial yang diuruskan oleh BBAM Limited Partnership, FLY Leasing Limited dan Incline B-Aviation Limited Partnership.

Anugerah AFJ Global adalah anugerah kewangan penerbangan terkemuka dan paling berprestij di dunia, meraikan syarikat penerbangan terbaik, urus niaga pembiayaan pajakan dan tawaran kewangan OEM yang dilaksanakan pada tahun kalendar yang lalu serta mengiktiraf organisasi dan pasukan yang memainkan peranan utama dalam transaksi tersebut.

Sebanyak 320 penyertaan dalam 31 kategori yang meliputi lebih daripada 128 urus niaga unik dipertimbangkan dan diadili oleh panel hakim antarabangsa termasuk sembilan eksekutif kanan kewangan penerbangan dari sektor penerbangan, kewangan, perundangan dan pembuatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini