PETALING JAYA – Atlet elit negara, Ahmad Muaz Fisol meraih kemenangan paling bermakna dalam kariernya apabila buat julung kalinya muncul juara Terbuka Masters kategori lelaki pada Kejohanan Boling Antarabangsa Terbuka Malaysia ke-40, hari ini. Ahmad Muaz, 26, yang mendedikasikan kemenangan itu kepada ayahnya, Mohd Fisol Azizan sempena hari kelahiran ke-56 pada Jumaat – meraih kejayaan itu selepas menang ke atas Sam Cooley dari Australia, 219-193 jatuhan pin di Sunway Mega Lanes di sini. Terdahulu, Ahmad Muaz tewas dengan 214-233 jatuhan pin kepada Cooley pada cubaan pertama saingan step-ladder namun selaku pendahulu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya