Ahli Parlimen Sungai Siput nafi gangguan seksual terhadap wanita - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen Sungai Siput nafi gangguan seksual terhadap wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 18 Mei – Ahli Parlimen Sungai Siput, S. Kesavan hari ini tampil menafikan tuduhan beliau melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita yang merupakan bekas pembantunya.

Menurutnya, sebaliknya pemimpin PKR Perak itu berkata, laporan polis yang dibuat oleh wanita itu terhadapnya adalah berniat jahat dan cuba menjatuhkan reputasinya.

Kesavan mendakwa mengenali wanita pada 2017 apabila wanita itu menawarkandiri sebagai sukarelawan ketika Kesavan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, hubungan baik antara mereka akhirnya mencetuskan masalah apabila wanita berkenaan didakwa sering menelefonnya berpuluh kali sehari selain cuba menganggu rumah tangganya.

“Keadaan menjadi lebih rumit apabila wanita itu mula campur tangan dengan perjalanan pusat khidmat saya di Sungai Siput.

“Dia juga mengugut untuk mendedahkan rakaman yang dia kata akan memalukan saya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan seorang ahli Parlimen PKR dari negeri ini dan seorang wanita saling membuat laporan polis antara satu sama lain.

Wanita berkenaan mendakwa menerima gangguan seksual daripada seorang ahli Parlimen PKR sejak Disember tahun lalu.

Dalam masa sama, ahli Parlimen berkenaan pula membuat laporan polis mengadu tentang trauma dan gangguan jiwa terhadapnya akibat gangguan wanita berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini