KUALA LUMPUR – Pemergian penyanyi veteran Datuk Dahlan Zainuddin turut dirasai Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang disifatkan sebagai biduan negara. Baginda bertitah, Dahlan bukan seseorang yang asing dalam arena seni kerana baginda secara peribadi mengenali dan meminati setiap karya Allahyarham. Titahnya, antara lagu yang masih diingati ialah Kisah Seorang Biduan iaitu berkisarkan penghijrahan golongan muda untuk meneruskan kehidupan. “Saya sememangnya mengenali Allahyarham sejak dari muda kerana beliau…










