PASIR MAS – Jenazah cef selebriti, Muhammad Adam Mahamed Ismail, 29, atau lebih dikenali dengan Adamdidam selamat dikebumikan pada pukul 11.05 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Lemal di sini. Ayah arwah, Mahamed Ismail Mohamed Yusoff, 69, berkata, anak bongsu daripada lima beradik itu yang mesra dengan panggilan Mamaji dalam keluarga meninggal dunia kira-kira pukul 4.00 pagi tadi di kediaman mereka di Telipot, Kota Bharu. Beliau berkata, dalam tempoh sebulan ini,…