Abang datang tidak dijemput, bukan mewakili saya - Syed Saddiq - Utusan Malaysia

Abang datang tidak dijemput, bukan mewakili saya – Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mei – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan kehadiran abangnya yang duduk sebaris dengan tetamu VIP pada Grand Final sesi kelayakan e-sukan Sukan SEA peringkat kebangsaan, Sabtu lalu bukan mewakili dirinya.

Jelas beliau, kehadiran Syed Abdullah itu juga tidak dijemput.

“Dia datang tak dijemput, tetapi bila dikenali diajak ke depan. Tak perlu pun any special treatment (layanan istimewa).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak akan membenarkan keluarga saya mewakli saya. It’s wrong (Ini salah)!” jelas beliau pada laman Twitter miliknya, hari ini.

SYED ABDULLAH (berdiri, tengah) ketika menghadiri Grand Final sesi kelayakan e-sukan Sukan SEA perin
SYED ABDULLAH (berdiri, tengah) ketika menghadiri Grand Final sesi kelayakan e-sukan Sukan SEA peringkat kebangsaan, Sabtu lalu. – UTUSAN ONLINE/ Gambar Facebook ESM

Kehadiran Syed Abdullah yang mendapat layanan seperti tetamu khas pada majlis tersebut menimbulkan spekulasi bahawa kehadirannya menggantikan Syed Saddiq.

Dalam masa sama, hantaran asal penganjur Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) mengenai tetamu jemputan jelas menunjukkan Syed Abdullah hadir atas kapasiti ‘abang kepada Syed Saddiq’, sebelum disunting.

HANTARAN senarai tetamu sebelum disunting. - UTUSAN ONLINE/ Gambar Facebook ESM
HANTARAN senarai tetamu sebelum disunting. – UTUSAN ONLINE/ Gambar Facebook ESM

Bagaimanapun, ESM dalam kenyataannya menjelaskan bahawa kehadiran Syed Abdullah adalah atas kapasiti peribadi.

“Setelah penelitian semula dibuat, beliau (Syed Abdullah) tidak dijemput dan kehadiran beliau pada program tersebut bukanlah mewakili YB Menteri ataupun Kementerian Belia dan Sukan.

“Namun kehadiran beliau adalah di atas kapasiti peribadi sebagai peminat dan penyokong kepada pembangunan industri sukan elektronik,” jelas ESM menerusi laman Facebook miliknya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini