800 bubur lambuk percuma di Desa Mutiara - Utusan Malaysia

800 bubur lambuk percuma di Desa Mutiara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 18 Mei – Pertubuhan Kebajikan Prihatin Tebrau bersama-sama Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Tebrau mengagihkan bubur lambuk sebanyak 800 bungkus kepada penduduk di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mutiara bermula 2 petang tadi.

Pengerusinya, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, acara gotong royong memasak bubur lambuk itu diadakan sejak pukul 10 pagi melibatkan kira-kira 30 peserta bagi menjayakan program yang julung kalinya diadakan.

Katanya, ilham penganjuran program ini datangnya daripada Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Tebrau yang ingin bergabung tenaga dengan pertubugan bukan kerajaan (NGO) bagi memberikan kenikmatkan berbuka puasa bagi penduduk di PPR Desa Mutiara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain mengagihkan bubur lambuk ini, matlamat kita mengadakan program turun padang ini bagi mendengar rintihan serta permasalahan rakyat yang dialami di bawah pentadbiran kerajaan baharu.

“Sebagai NGO, kita fleksibel dalam soal ini untuk menjadi pengimbang kepada rakyat. Komitmen yang diberikan oleh Pemuda dan Wanita UMNO ini harus dipuji yang bersemangat tinggi menjayakan program ini,” katanya ketika ditemui di Surau Assolawati Hikmah, PPR Desa Mutiara di sini hari ini.

Abdul Halim berkata, selain mengagihkan bubur lambuk, pihaknya turut mengadakan program Ziarah Prihatin Kasih Ramadan dengan memberikan bantuan berupa barangan keperluan kepada 20 asnaf terpilih di kawasan Bukit Mutiara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini