4 lelaki larikan 8 dulang barang kemas - Utusan Malaysia

4 lelaki larikan 8 dulang barang kemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mei – Sekumpulan empat lelaki bersenjatakan dua objek menyerupai pistol melarikan lapan dulang barang kemas di sebuah kedai emas di Plaza Metro, dekat Kajang hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian kira-kira pukul 7.40 malam.

“Pusat kawalan daerah Kajang menerima panggilan dibuat seorang lelaki yang bertugas sebagai pengawal keselamatan memaklumkan mengenai kejadian itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek yang bersenjatakan objek menyerupai pistol terbabit bertindak melarikan tiga dulang penuh serta lima dulang tidak penuh barang kemas di premis tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ahmad Dzaffir, tiada sebarang tembakan dilepaskan dan tiada mangsa cedera dalam kejadian tersebut.

“Anggaran kerugian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu Asisten Superintenden Vekram Sinnaiah di talian 019-4737108,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini