BATU PAHAT 26 Mei – Tindakan pantas seorang penumpang yang menyedari berlaku kebakaran di belakang sebuah bas persiaran berjaya menyelamatkan nyawa 31 pelancong dari China di Kilometer 97.2, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, dekat sini kira-kira pukul 2.30 petang tadi. Kebakaran itu yang kemudian dimaklumkan kepada pemandunya, Kamarul Ariffin Mohd. Ali dan seorang pemandu pelancong tempatan kemudian memberhentikan bas tersebut diorong kecemasan. Sejurus itu Kamarul Ariffin mengarahkan 31 pelancong China…










