3,000 sertai City Run Hospital Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

3,000 sertai City Run Hospital Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Mei – Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad hari ini mengetuai City Run 2019 anjuran Kelab Sukan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang disertai kira-kira 3,000 orang di Dataran Merdeka di sini.

Larian yang bermula pada pukul 7 pagi itu dibahagikan kepada kategori lelaki, wanita dan berkeluarga dengan jarak larian masing-masing sejauh lima kilometer.

Program bersempena sambutan Hari Pekerja itu antara lain bertujuan mengumpul dana bagi membantu empat pertubuhan amal iaitu Persatuan Sindrom Willi Malaysia, Pertubuhan Penyakit Lisosomal Malaysia, Persatuan Pesakit Hydrocephalus Malaysia dan Malaysia Metabolic Society.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang turut hadir, Pengarah HKL merangkap Presiden Kelab Sukan HKL, Dr. Herric Corray.

Selain larian, program turut diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya saringan pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi, jualan dan pameran oleh agensi dan pertubuhan bukan kerajaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini