300 warga Pakistan dihantar pulang - Utusan Malaysia

300 warga Pakistan dihantar pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mei – Sebanyak 300 warga Pakistan yang telah menjalani hukuman dan kini ditahan di Depot Tahanan Imigresen negara ini akan dihantar pulang ke negara asal mereka secara berperingkat bermula Rabu ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, program Jabatan Imigresen Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi Pakistan itu akan dihantar pulang menaiki penerbangan yang disewa khas oleh kerajaan Pakistan.

“Program melibatkan 300 warga Pakistan yang ditahan di depot tahanan seluruh negara ini merupakan inisiatif kerajaan Pakistan sendiri yang mahu mempercepatkan proses penghantaran pulang warga mereka khususnya tahanan yang tidak mampu membeli tiket sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bahagian Depot dan Tahanan Imigresen pula akan menyelia semua proses penghantaran pulang dan pergerakan semua tahanan dari depot ke Lapangan Terbang Internasional Kuala Lumpur (KLIA),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, pihak imigresen dan Suruhanjaya Tinggi Pakistan akan sentiasa bekerjasama dan menambahbaik kelancaran urusan yang melibatkan kedua-dua negara berkaitan hal ehwal imigresen. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini