KUALA LUMPUR – Kira-kira 300 orang warga Pakistan yang ditahan di Depot Tahanan Imigresen di seluruh negara akan dihantar pulang oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan kerjasama Pesuruhjaya Tinggi Pakistan bermula 29 Mei depan. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, program tersebut merupakan inisiatif kerajaan Pakistan untuk mempercepatkan serta menanggung semua proses penghantaran pulang rakyat mereka yang tidak mampu membeli tiket sendiri. Tambah Khairul, kesemua warga…










