IPOH 2 Mei – Seramai 300 penduduk miskin tegar dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat dibantu apabila didaftarkan sebagai penerima Kad Prihatin Perak. Mereka dipilih berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pemberian kad berkenaan antara inisiatif kerajaan negeri bagi meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan. Beliau…










