30 pelajar UPM turun padang bantu penduduk kampung - Utusan Malaysia

30 pelajar UPM turun padang bantu penduduk kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mei – Seramai 30 pelajar Universiti Putra Malaysia mengambil bahagian dalam program Reach Out For Youth di Kampung Tanjung Gading, Tangkak, Johor baru-baru ini.

Fasilitator program, Rahmawati Nurdin berkata, program itu merupakan sebahagian daripada aktiviti sosial yang bertujuan menyemai nilai-nilai murni dalam diri pelajar selain mendekati masyarakat dan komuniti luar.

“Pelbagai aktiviti diatur sepanjang program antaranya gotong-royong membersihkan tanah perkuburan dan surau, agih sumbangan kepada keluarga miskin dan melukis mural,” katanya kepada Utusan Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini