KLANG – Hasrat 30 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia untuk pulang menyambut Ramadan di negara republik itu terbantut selepas dua buah bot dinaiki mereka ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) semalam. Bot jenis pom-pom berkenaan ditahan di Laut Selat Rawa, Pulau Ketam di sini sekitar pukul 6 petang. Selain 30 orang PATI berusia 21 hingga 61 tahun, dua tekong bersama lima awak-awak turut ditahan. Pegawai Pemerintah Markas Operasi…










