30 mangsa kebakaran dicadang pindah sementara ke Lorong TAR 3,5 - Utusan Malaysia

30 mangsa kebakaran dicadang pindah sementara ke Lorong TAR 3,5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mei – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang menempatkan 30 peniaga yang terlibat dalam kebakaran di Bazar Jalan Masjid India di sini ke lokasi sementara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, lokasi yang dicadangkan adalah di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR)3 atau 5 .

“Bagaimanapun, pemindahan itu perlu mendapat persetujuan majoriti penjaja yang terlibat. Mereka diminta untuk berbincang terlebih dahulu dengan persatuan dan jika tidak bersetuju penjaja boleh menyatakan cadangan untuk dipertimbangkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka tidak akan dibenarkan untuk berniaga di tapak tersebut sehingga siasatan oleh pihak bomba selesai dijalankan. Ini juga bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih dapat dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Nor Hisham, pihaknya juga meminta penjaja yang telibat untuk mengemukakan kos kerugian dalam tempoh tiga hari.

Pada awal pagi tadi, sebanyak 30 daripada 143 gerai di bazar Jalan Masjid India yang menjalankan pelbagai jenis jualan seperti baju, tudung, jam dan sebagainya mengalami kebakaran.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini