30 keluarga miskin terima sumbangan MAIM - Utusan Malaysia

30 keluarga miskin terima sumbangan MAIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT 18 Mei – Sebanyak 30 keluarga miskin dan asnaf di perkampungan nelayan Pulau Perhentian menerima sumbangan daripada Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) hari ini.

Sumbangan disampaikan sempena program Kembara Rahmah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) sambil menyantuni penduduk miskin dan asnaf di pulau tersebut.

MAIM merupakan gabungan kepada 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri Terengganu yang menjalankan program dan aktiviti bersifat kebajikan, sosial dan pendidikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Program turut dijayakan oleh We Care Besut, Persatuan Anak Kelantan dan Terengganu (Pakat) dan Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan).

Yang Dipertua Yadim, Nik Omar Nik Abdul Aziz bersama isteri, Kamaliah Yusuf menyampaikan sumbangan tersebut yang turut dihadiri oleh Pengarah Yadim Terengganu, Mahadi Awang.

Nik Omar turut sama berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih bersama penduduk sebelum meninggalkan majlis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini