KUALA LUMPUR 1 Mei – Sebanyak 500 peniaga memulakan jualan pra Ramadan sejak 19 April lalu bagi menyemarakkan kemeriahan sambutan bulan suci menerusi Festival Ramadan Selangor 2019 (Festira). Festira 2019 merupakan program jualan yang diadakan serentak di ketiga-tiga aset milik PKNS Real Estate Sdn. Bhd. (PREC) iaitu Kompleks PKNS Shah Alam, SACC Mall dan Kompleks PKNS Bangi. PREC berkata, festival itu menawarkan jualan pelbagai kelengkapan hari raya pada harga serendah…










