JOHOR BAHRU 4 Mei – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan seorang lelaki warga tempatan kerana dipercayai cuba menjual secara haram minyak masak bersubsidi dianggarkan bernilai RM13,500. Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, suspek berusia 53 tahun itu ditahan dalam Op Landai di Jalan Penyabong, Mersing malam semalam. “PPM Wilayah Dua telah mengesan pergerakan suspek yang memandu lori dari Endau dan menuju ke Penyabong, Mersing. “Lelaki itu ditahan selepas dia memberhentikan kenderaannya di hadapan sebuah pasar mini di Jalan Penyabong,” katanya dalam satu kenyataan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya