1MDB: AS sudah bayar RM236 juta wang sitaan filem Red Granite Pictures - Utusan Malaysia

1MDB: AS sudah bayar RM236 juta wang sitaan filem Red Granite Pictures

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara mengesahkan kerajaan Amerika Syarikat sudah membuat pembayaran dana pertama berjumlah RM 236 juta (AS$ 57,036,588.68) hasil daripada penyitaan syarikat pembikinan filem Red Granite Pictures yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan anak tirinya, Riza Aziz.

Peguam Negara, Tommy Thomas dalam kenyataannya hari ini memberitahu bahawa ia adalah wang yang diperoleh semula, hasil daripada penyitaan aset berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa Kerajaan Amerika Syarikat (AS) sudah menghantar pulang dan akan memulangkan sejumlah besar wang ke Malaysia. Ia sudah dikreditkan ke dalam akaun pemulihan 1MDB dan wang wang ini adalah pembayaran pertama bagi dana yang diperoleh semula hasil penyitaan aset berkaitan 1MDB,” katanya penyitaan itu dibuat melalui 
Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi oleh Jabatan Keadilan (DOJ) AS. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, jumlah yang disita itu adalah daripada Red Granite Pictures iaitu sebuah syarikat pembikinan filem yang berpangkalan di AS. 

Syarikat itu dikaitkan dengan Najib Razak dan Riza Aziz serta lanjutan daripada penyelesaian sebanyak RM248,856,000 juta (AS$60 juta) yang direkodkan di Mahkamah California.   

“Sejumlah RM12 juta (AS$3 juta) ditolak untuk membayar semula kos yang dibelanjakan oleh DOJ dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) untuk menyiasat, menyita dan mencapai penyelesaian untuk dana Red Granite,” katanya.

Ujar Tommy, termasuk dalam penolakan itu adalah termasuk kos yang dibelanjakan oleh DOJ dan FBI untuk menyiasat, menyita dan memelihara kapal layar mewah, Equanimity ketika ia ditahan di perairan Indonesia. 

“DOJ kini dalam proses untuk menghantar pulang sejumlah RM576 juta (AS$139 juta) wang yang diperoleh hasil daripada jualan kepentingan milik ahli perniagaan Jho Low dalam Hotel Park Lane di Manhattan,” katanya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini