160 asnaf terima bantuan Kembara Temenggong Pahang 2019 - Utusan Malaysia

160 asnaf terima bantuan Kembara Temenggong Pahang 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT – Seramai 160 orang golongan asnaf menerima sumbangan sempena Majlis Berbuka Puasa dan Kembara Ramadan Temenggong Pahang di Masjid Tengku Abdullah Al-Haj, Bukit Rang, di sini hari ini. 

Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Nazri ngah yang mewakili Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua’adzam Sultan Ahmad Shah yang tidak dapat hadir. 

Nazri berkata, pihaknya turut menziarahi tiga pesakit kronik di kampung berkenaan dan menyerahkan sumbangan kepada mereka bersama tujuh lagi penerima. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita menyerahkan bantuan makanan keperluan harian dan wang tunai hasil sumbangan Sultan Ahmad Shah Environment Trust (SASET), Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) dan Adabi. 

“Semoga sumbangan yang disampaikan ini menceriakan para penerima untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya. 

Turut hadir, Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini