MUMBAI 1 Mei – Suspek serangan bom oleh pemberontak pengikut Mao membunuh 16 komando elit yang menjadi insiden keganasan pilihan raya terbaharu, di Gadchiroli, Maharashtra hari ini. Menurut pegawai di Ibu Pejabat Polis Maharashtra, pemberontak tersebut menyerang pasukan komando yang sedang dalam perjalanan menggunakan kenderaan persendirian. “Mereka dalam perjalanan untuk memeriksa serangan yang berlaku sebelum itu dan setakat ini 16 orang disahkan maut. “Lebih banyak pasukan telah dihantar ke lokasi…










