KUALA LUMPUR 2 Mei- Enam belas jenis sukan dikenal pasti bagi penyertaan kontinjen Malaysia pada Sukan Para ASEAN yang akan berlangsung di Manila, Filipina tahun hadapan. Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) Majlis Sukan Negara (MSN) Suhardi Alias berkata 16 sukan itu adalah memanah, olahraga, badminton, boccia, catur, bola sepak CP (Cerebral Palsy), berbasikal, bola jaring, angkat berat, bola tampar duduk, renang, tenis meja, tenpin boling, bola keranjang kerusi roda, triathlon dan…










