150 asnaf terima sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri - Utusan Malaysia

150 asnaf terima sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 27 Mei- Golongan kurang berkemampuan di sekitar Dewan Udangan Negeri (DUN) Selat Klang terus mendapat perhatian dan bantuan sempena dengan kehadiran Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

ABDUL RASHID ASARI menyampaikan sumbangan hari raya kepada salah seorang penerima dalam majlis di Masjid Al-Saadah, Pelabuhan Klang, Selangor baru-baru ini.

Dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al-Saadah, Pelabuhan Kelang, Ahli Dewan Undangan Selat Klang merangkap Exco Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari telah turun padang untuk menyampaikan sumbangan kepada 150 asnaf kawasan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan terus memberi perhatian dan mengambil peduli golongan yang kurang berkemampuan di kawasan DUN Selat Klang ini. Bukan sahaja pada musim perayaan sebegini, tetapi usaha ini akan berterusan kerana ia seiring dengan dasar kerajaan negeri untuk memastikan semua pihak di negeri ini mendapat hak mereka.

“Apatah lagi pada musim perayaan sebegini, kita sudah tentu akan cuba sedaya mungkin membantu golongan asnaf ini agar dapat membantu mereka menyambut Aidilfitri dengan lebih ceria,” katanya pada majlis berkenaan.

Beliau juga berharap, bantuan tersebut akan dapat meringankan beban golongan tersebut untuk membuat persiapan menyambut perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini