KUALA LUMPUR 7 Mei – Sebanyak 15 peratus daripada warga emas di Malaysia jatuh sekurang-kurangnya sekali setahun. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, 50 peratus daripadanya mendapat kecederaan dan 20 peratus lagi memerlukan rawatan hospital. “Kesan kepada insiden jatuh itu adalah seperti retak tulang pinggang dan kecederaan kepala serta masalah psikologi dalam kalangan orang tua. “Negara akan mencapai status negara tua pada 2030 apabila penduduk berusia 60 tahun ke atas mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk. Jadi amat penting sebenarnya kita bersedia terutamanya daripada segi kesihatan dan penjagaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya