SEOUL 8 Mei – Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa memutuskan untuk membekalkan pam air kepada Korea Utara sebagai langkah kecemasan bagi membantu negara itu mengatasi masalah kekurangan makanan disebabkan oleh musim kemarau.
“Pelan tindakan’ kecemasan itu akan menyertakan peruntukan bagi 15 pam air mudah alih bagi membantu memperbaiki pengairan di bawah dana kecemasan bantuan bencana.
Pertubuhan itu akan membelanjakan AS$75,466 (RM313,143) dan projek itu bakal mengambil masa selama tiga bulan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Projek itu dijangka memberi manfaat kepada 331,967 penduduk atau 5,831 isi rumah di timur wilayah Hamgyong Selatan. – BERNAMA










