11 termasuk suami isteri dicekup AADK - Utusan Malaysia

11 termasuk suami isteri dicekup AADK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mei- Sebanyak 11 penagih termasuk sepasang suami isteri ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam operasi bermula kelmarin hingga semalam di sekitar Mukah, Sarawak.

Portal Utusan Borneo melaporkan, operasi selama 11 jam itu dijalankan oleh AADK Mukah di tiga daerah iaitu Matu, Daro dan Belawai.

Menurut Ketua Daerah AADK Mukah, Felynora Joseph Na, mereka yang ditahan berusia antara 27 hingga 48 tahun dan kesemuanya positif dadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“10 individu didapati positif dadah jenis methampethamine manakala seorang lagi positif dadah jenis ganja.

“Mereka yang ditahan adalah dari Matu (empat orang), Daro (seorang) dan Belawai (enam orang),” katanya kepada Utusan Borneo di sini hari ini.

Menurut Felynora, kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini