KUALA LUMPUR 10 April – Selepas kandas seawal pusingan pertama pada Terbuka Malaysia minggu lalu, perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia memulakan misi untuk bangkit dengan melepasi halangan awal Terbuka Singapura, hari ini. Zii Jia, 21, mara selepas mengetepikan bekas pemain No. 1 Korea Selatan, Lee Hyun Il 21-19, 21-16, sekali gus menempah pertemuan getir dengan naib juara Terbuka Malaysia, Jonatan Christie dari Indonesia. Jonatan, 21, yang kalah kepada Lin…










