Zainal Abidin dilantik CEO baharu Kumpulan TDM - Utusan Malaysia

Zainal Abidin dilantik CEO baharu Kumpulan TDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 1 April – Anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad yang teras perniagaannya dalam sektor perladangan kelapa sawit dan penjagaan kesihatan mengumumkan pelantikan Zainal Abidin Shariff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan GCEO baharu itu bagi mengisi kekosongan selepas penamatan kontrak Datuk Mohamat Muda pada 31 Januari lalu.

Zainal Abidin, 52, menyertai TDM Berhad berdasarkan pengalaman selama 28 tahun dalam sektor korporat khususnya berkaitan pengurusan operasi dan transformasi selain kewangan, tadbir urus, cukai dan audit yang diyakini mampu menerajui pertumbuhan konsisten TDM.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Pengerusi TDM Berhad, Datuk Raja Idris Raja Kamarudin dalam kenyataan hari ini mengucapkan tahniah atas pelantikan Zainal Abidin sambil berkeyakinan GCEO baharu itu mampu menggalas tanggungjawabnya dengan baik.

“Lebih jauh lagi kami akan lancarkan Rancangan Penciptaan Nilai (VCP) dan Rancangan Pembangunan Perniagaan (BDP) dan inisiatif lain bagi mengukuhkan Kumpulan untuk pertumbuhan mampan pada masa depan.

“Saya berkeyakinan penuh terhadap keupayaannya untuk menghasilkan keputusan,” katanya sambil menambah bahawa Zainal Abidin sebelum ini pernah berkhidmat dengan Persatuan Penanam Gabungan selaku Ketua Eksekutif.

Raja Idris berkata, Zainal Abidin yang berpengalaman luas dalam sektor perladangan selain kepakaran dalam mengatasi perubahan pengurusan merupakan kepakaran penting bagi memacu TDM Berhad terutama dalam VCP dan BDP.

Zainal Abidin merupakan lulusan Sarjana Kewangan dari RMIT University, Melbourne, Australia pada tahun 2006. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini