YBK sasar 200 keluarga miskin dalam Sinar Kasih Ramadan - Utusan Malaysia

YBK sasar 200 keluarga miskin dalam Sinar Kasih Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 10 April – Sebanyak 200 keluarga miskin terpilih di seluruh negara bakal menerima sumbangan sebanyak RM600 daripada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) menerusi program Sinar Kasih Ramadan pada tahun ini.

Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, sumbangan yang dijangka berjumlah RM120,000 itu diterima daripada sumbangan orang ramai, sektor kerajaan dan badan-badan korporat untuk diagihkan kepada keluarga termiskin.

“Program ini telah memasuki tahun ke-11 penganjuran yang berkonsepkan pembiayaan keperluan berbuka dan bersahur sepanjang Ramadan dengan sumbangan berjumlah RM600 untuk seisi keluarga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia merupakan program meningkatkan kesedaran kepada orang ramai, sektor kerajaan dan korporat terhadap kepentingan bersedekah kepada keluarga miskin,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan program tersebut di sini hari ini.

Zainal Abidin berkata, pihaknya masih mengalu-alukan sumbangan untuk menampung jumlah yang diperlukan dan memberi manfaat kepada lebih banyak penerima.

“Sumbangan boleh diberi dalam bentuk cek atau tunai terus ke akaun Bank Islam YBK bernombor 12038010002132 dan setiap sumbangan akan mendapat resit pengecualian cukai.

“Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Afifah Nazimuddin di talian 013-963 0100 atau 03-7875 0036,” – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini