TAHUKAH anda mengambil gambar kanak-kanak tanpa kebenaran adalah dilarang di beberapa negara Eropah walaupun untuk tujuan koleksi fotografi. Ketika berkunjung ke Stockholm, Sweden beberapa tahun lalu, penulis pernah ditegur oleh seorang kanak-kanak dalam lingkungan usia tujuh tahun kerana mengambil gambarnya serta rakan-rakan ketika mereka sedang bermain di sebuah taman permainan. Dari situasi itu, jelas menunjukkan bahawa larangan mengambil gambar kanak-kanak tanpa kebenaran di negara itu adalah satu perkara serius sehinggakan…










