SHAH ALAM 1 April – Wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong, dijatuhi hukuman tiga tahun dan empat bulan penjara oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan alternatif menyebabkan kecederaan kepada abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam menggunakan bahan berbahaya, dua tahun lalu. Hakim Datuk Azmi Ariffin menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan pindaan itu. Terdahulu, pertuduhan terhadap Doan, 30, yang sebelum ini didakwa membunuh Kim Chol dipinda kepada tuduhan yang lebih ringan iaitu mencederakan lelaki itu. Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Iskandar Ahmad…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya