SABAK BERNAM – Cubaan seorang wanita menyeberangi jalan menggunakan motosikalnya berakhir tragedi selepas maut dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 62 Jalan Teluk Intan – Klang, di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, Jamilah Chatar, 52, beralamat di Ban 1 1/2 Parit 13 Sungai Nibong meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di bahagian kepala. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa berkata,…










