Wanita langgar mati murid 10 tahun direman sehari - Utusan Malaysia

Wanita langgar mati murid 10 tahun direman sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 April – Pemandu van sekolah yang melanggar mati seorang murid perempuan tahun empat di Apartmen Seri Teluki, Bukit Sentosa semalam direman sehari hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, wanita berusia 56 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan sedang dilengkapkan sebelum diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini kita telah merakam percakapan dua saksi dan beberapa saksi tambahan akan dicari bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Bak Phai memberitahu, pihaknya kini sedang menunggu laporan bedah siasat mangsa.

“Proses bedah siasat telah dilakukan pagi ini dan mayat mangsa telah dituntut keluarga untuk dikebumikan,” ujarnya.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang semalam, seorang murid perempuan maut selepas dirempuh sebuah van sekolah yang baharu menurunkannya di kawasan rumahnya di Apartmen Seri Teluki.

Suspek hanya menyedari kejadian apabila terlihat tubuh mangsa yang terbaring kaku di sebelah kiri van sekolah melalui cermin sisi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini