KUALA LUMPUR 25 April- Sembilan kenderaan dipercayai rosak teruk dalam kemalangan persimpangan lampu isyarat berhampiran Balai Polis Salak Selatan di sini pagi tadi. Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi apabila sebuah treler dikatakan hilang kawalan dan tidak sempat membrek di laluan mendaki sehingga merempuh beberapa buah kenderaan. Akibat kemalangan itu, seorang lelaki dipercayai cedera ringan dan dihantar ke hospital berhampiran bagi rawatan lanjut. Difahamkan, sebaik sahaja kejadian, pemandu treler…










