YAN – Hasil bedah siasat terhadap bangkai anak ikan paus betina daripada spesies Bryde yang ditemui mati di Pantai Kuala Sala di sini Rabu lalu mendapati saluran pernafasan dan paru-paru mamalia itu dipenuhi lumpur. Ketua Cawangan Mamalia Marin dan Pegawai Penyelidik Perikanan Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Dungun, Terengganu, Mohd. Tamimi Ali Ahmad berkata, penemuan itu mendedahkan punca kematian mamalia tersebut. “Anak ikan paus yang berusia kurang setahun ini masih menyusu dan haiwan itu dipercayai kelaparan selepas terpisah daripada ibunya sebelum terperangkap di kawasan Pantai Kuala Sala yang berlumpur…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya