PETALING JAYA 4 April – Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Datuk Mohd. Sayuthi Abu Bakar dilantik sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya baharu berkuat kuasa hari ini. Pelantikan beliau sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya kelima itu menggantikan Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain yang tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Mac lalu. Mohd. Sayuthi, 49, yang berpengalaman selama 25 tahun dalam pelbagai agensi kerajaan akan menjawat jawatan tertinggi pihak berkuasa tempatan…










