[VIDEO] Kantoi bawa 50 ketul ganja - Utusan Malaysia

[VIDEO] Kantoi bawa 50 ketul ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG 18 April – Seorang gadis ditahan bersama dadah jenis ganja seberat 49.341 kilogram di Taman Lestari Perdana 3, Seri Kembangan di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Asmadi Borhan berkata, gadis berusia 27 tahun itu ditahan ketika memandu kereta jenis Toyota Vios oleh anggota pasukan MPV Ibu pejabat Polis Daerah Serdang.


Menurutnya, setelah sampai, pihak Polis membuat pemeriksaan terhadap suspek di lokasi lalu menemukan tiga guni di dalamnya terdapat 50 ketulan ganja mampat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ganja itu kita temukan dalam tempat simpan barang di bahagian belakang kereta suspek.

“Harga pasaran kesemua dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM150,000 Turut dirampas kereta suspek disyaki digunakan untuk tujuan pengedaran dadah,” katanya pada sidang akhbar di IPD Serdang di sini hari ini.

Ismadi memberitahu, suspek direman selama tujuh hari sehingga 23 April.

“Suspek tidak mempunyai rekod lampau. Ujian saringan awal air kencing didapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

“Hasil risikan dan soal siasat, punca bekalan dadah tersebut diperoleh dari pengedar di sekitar kawasan Kelantan dan akan diedarkan untuk pasaran di sekitar Lembah Klang,” ujarnya.

Tambah Ismadi, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini