GOPENG 1 April – Biarpun usaha mencari Mohammad Ashraf Hassan, 29, memasuki hari kesepuluh hari ini, namun keluarga lelaki itu sama sekali tidak patah semangat malah berusaha mencarinya meskipun petunjuk yang diperoleh hanya melalui mimpi. Abang Mohammad Ashraf, Mohd. Zahiruddin, 35, berkata, mereka sekeluarga tidak kisah dengan apa juga maklumat yang diterima dan berusaha pergi ke lokasi yang dikenal pasti bagi mengesan anak kelima daripada tujuh beradik itu. Malah katanya,…










