[VIDEO] Banglo mewah jadi pusat operasi judi online - Utusan Malaysia

[VIDEO] Banglo mewah jadi pusat operasi judi online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 April – Sebuah banglo mewah di Taman Hill View, Ampang dekat sini yang dijadikan sebagai pusat operasi perjudian online diserbu hari ini.

Serbuan yang dilakukan bermula pukul 9.30 pagi itu turut menahan 22 lelaki dan empat wanita warganegara China.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan dan Operasi) Selangor, Asisten Komisioner Mohamad Abd Hamid berkata, serbuan itu telah dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) negeri hasil risikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, sindiket terbabit mampu mengaut nilai pertaruhan RM48 juta sehari hasil kegiatan itu.

“Modus operandi yang digunakan sindiket ini adalah dengan berpindah dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

“Hasil siasatan, mereka telah menyewa banglo mewah ini sejak dua bulan lalu dan dikatakan beroperasi di kawasan ini kerana mempunyai pengawal keselamatan yang menyukarkan kegiatan mereka dihidu,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di sini hari ini.

Tambah Mohamad, selain tangkapan, pihaknya turut merampas 393 telefon bimbit pelbagai jenama, tiga komputer riba dan sebuah komputer.

“Kita masih jalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti pemilik rumah banglo ini dan kes disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini