Sejak di bangku sekolah lagi wanita berusia 42 tahun ini sering memakai tudung bawal. Baginya, keselesaan dan gaya mudah dibentuk menjadi daya penarik tudung bawal walaupun dengan kehadiran pelbagai jenis hijab yang sentiasa berubah-ubah mengikut trend. Pada awalnya, dia hanya memiliki tudung bawal ringkas sahaja sehinggalah jatuh cinta dengan produk Bawal Exclusive (BE). Kegilaannya memiliki BE mendorong dirinya membuka butik lalu diangkat sebagai penjual premium BE. Kini, Datin Hamizan Puteh…










