SUBANG JAYA 11 April – Mahkamah Koroner hari ini menangguhkan prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim yang memasuki hari ke-25 bagi memberi laluan kepada pihak-pihak berkepentingan melihat semula van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). Walau bagaimanapun, lawatan kali kedua bagi melihat van EMRS di Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya di sini itu tidak disertai Koroner Rofiah Mohamad. Pihak-pihak berkepentingan yang mengikuti lawatan ke balai tersebut ialah…









